APA DIA BIMBINGAN,
KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI?
Dalam
kursus pengenalan kepada bimbingan dan kaunseling, saya dan rakan-rakan lain
mempelajari bimbingan, kaunseling dan psikoterapi merupakan salah satu topik
yang menarik untuk dikongsikan bersama. Saya merasa semua golongan masyarakat
tidak kira dari pihak sekolah, pekerja awam, pekerja swasta atau sesiapun
lebih-lebih lagi yang berkecimpung dalam dunia kaunseling sekalipun wajar tahu
serba sedikit mengenai perbezaan antara ketiga-tiga perkara ini kerana saya
melihat masyarakat sering kali menyalah tafsir mengenai konsep sebenar serta
tugas tulen antara kaunseling dan psikoterapi.
Justeru dalam penulisan saya kali
ini saya suka saya menerangkan terlebih dahulu definisi umum mengenai
bimbingan, kaunseling dan psikoterapi. Sebenarnya dari segi konsep sahaja kita
sudah dapat melihat perbezaan ketara antara ketiga-tiganya. Bimbingan merupakan
satu proses memberi maklumat dan tunjuk ajar yang relevan. Di samping itu,kaunseling
bermaksud proses bantu klien memahami diri dan persekitaranya. Manakalah,
psikoterapi adalah rawatan sakit jiwa yang menggunakan kaedah psikologi.
memudahkan pemahaman bimbingan lebuh mudah kalau saya katakan sebagai
memberikan nasihat biasa yang diberikan oleh sesiapa sahaja, kaunseling pula proses
yang lebih mendalam daripada nasihat pendekatannya juga berlainan daripada
bimbingan tetapi biasanya dijalankan oleh seorang individu yang bergelar
kaunselor dan psikoterapi adalah rawatan kepada individu yang mempunyai
kecelaruan mental dan proses ini dijalankan oleh seorang ahli psikologi, ahli
terapi, pakar psikiatri dan pakar mental. Hahaha, nampaknya ada yang mulai
pening..
Baiklah, sebenarnya bimbingan lebih
berfokus kepada matlamat jangka pendek dan bersifat memberi maklumat atau
nasihat kearah perkembangan diri seorang individu bagi menggelakkan masalah. Kaunseling
pula memfokuskan matlamat individu untuk berjaya membuat satu keputusan yang
bijak dan melihat aspek perkembangan kendiri. Psikoterapi berfokuskan matlamat
jangka pendek dan jangka panjang dan bersifat pemulihan mental iaitu membantu seseorang
klien(iaitu individu yang mendapatkan rawatan kaunselor atau ahli terapi
psikologi) mengatasi masalah emosi yang serius seperti kemurungan dan
kecelaruan personaliti (tapi kalau gila sebab cinta monyet tu agak-agaklah…).
Perbezaan dari segi pendekatan
rawatan bimbingan dan kaunseling adalah tidak berapa ketara kerana menggunakan
pendekatan pencegahan serta pelbagai strategi dan teknik untuk bantu seseorang
menangani masalah-masalah biasa yang berlaku dalam kehidupan seperti, maslah
peribadi, akademik, kerjaya, sosial, dan hubungan interpersonal. Akan tetapi
psikoterapi lebih cenderung menggunakan pendekatan yang lebih kompleks dan
menggunakan strategi yang berhubung dengan proses sedar dan tak sedar klien. Rawatan
psikoterapi lebih kepada masalah yang berkaitan dengan kecelaruan emosi, neurotik
dan mental seperti yang saya telah sebutkan awal-awal tadi.
Untuk membezakan lagi antara
bimbingan, kaunseling dan psikoterapi ialah setting tempat prosesnya dijalankan
adalah berbeza, kerana proses bimbingan biasanya berlaku di mana-mana sahaja
selagi mana belaku proses nasihat. Proses kaunseling berlaku di sekolah,
institusi pengajian tinggi dan biasanya sesi dijalankan di bilik yang kondusif
seperti bilik kaunseling individu atau
kelompok. Selain itu, proses rawatan psikoterapi tidak asing lagi kalau
tidak dijalankan di hospital-hospital sakit jiwa dan juga klinik-klinik rawatan
mental (bukan tanjung rambutan sahaja!) bahkan mana-mana klinik swasta yang
menyediakan rawatan neurotik.
Akhir sekali adalah tempoh yang
dijalankan bagi sesi bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi agak berlainan di mana
tempoh bagi proses bimbingan biasanya tiada had kerana selagi nasihat
diperlukan oleh seorang individu daripada mana-mana individu maka proses
bimbingan tetap diberikan dengan nasihat-nasihat yang membina. Kalau proses
bimbingan tadi tidak ada had, sesi kaunseling pula tidak boleh dikatakan
berlaku sepanjang masa kerana mempunyai prosedur dan sistemnya tersendiri
tetapi sesi yang dijalankan agak singkat iaitu sekitar satu hingga lima kali
sesi kaunseling namun sebaliknya pula bagi tempoh rawatan psikoterapi agak
panjang dan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk menjalani rawatan atau
sesi psikoterapi.
Makanya,
kita melihat betapa berbezanya antara tugas serta peranan antara bimbingan,
kaunseling dan psikoterapi. saya kira dengan sedikit coretan saya mengenai
bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi ini mampu untuk memberikan kefahaman
kepada anda yang membaca. Insyaallah moga dengan kefahaman ini juga membuka
pintu hati anda untuk menjelaskanya kepada insaniah di luar sana agar sama-sama
mendapat kebaikan atas ilmu yang berguna ini! Amin…
power....... up lgi
ReplyDeleteTerima kasih..insyallah saya Cuba yang terbaik...!
DeleteHebat syukri..tahniah!!
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDelete