FALSAFAH DAN PRINSIP DALAM
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Mengapa
falsafah dan prinsip perlu ada dalam proses bimbingan dan kaunseling? Apa pula
sebenarnya yang dimaksudkan dengan prinsip bimbingan dan kaunseling? Aduhai,
satu lagi topik yang berkecamuk dalam pemikiran saya dan harus saya leraikan
bersama kerana melihat akan perlunya kefahaman luhur mengenai asas falsafah dan
prinsip dalam bimbingan dan kaunseling. Untuk kepastian anda semua, prinsip dan
falsafah ini adalah suatu set prinsip-prinsip yang saya kira perlu disediakan
bagi menjamin kelicinan dan keberkesanan proses bimbingan dan kaunseling
khususnya menjadi asas kepada kaunselor dalam menjalankan sesi kepada klien. Kalau
kita rujuk dalam kamus dewan edisi yang ke-3, prinsip ialah dasar sesuatu
pemikiran atau tindakan. Nah kalau begitu, dapatlah kita katakan bahawa prinsip
bimbingan dan kaunseling menjadi asas kepada pengelolahan dan pentadbiran
khususnya dalam sesi atau proses bimbingan dan kaunseling di sekolah.
“FALSAFAH DAN PRINSIP
BIMBINGAN”
Bimbingan ialah tugas pendidik,
kaunselor sewajarnya memberikan pertolongan atau bimbingan kepada murid untuk
menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada Negara. Proses pengetahuan berlaku
ketika membimbing iaitu kaunselor mengambil kira minat dan kecenderungan klien
dan memberikan segala maklumat terhadap minat tersebut dalam pelbagai aspek
dalam usaha memberikan dorongan. Bimbingan tidak boleh dikhaskan kepada
segolongan murid sahaja, kerana prinsip asas kepada bimbingan adalah diberikan
kepada semua murid yang memerlukan bimbingan dan yang sukarela meminta
bimbingan. Bimbingan adalah suatu proses seumur hidup iaitu seseorang klien
berhak untuk mendapatkan bimbingan tidak kira usia dan keberadaannya sebagai
pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar institut pengajian
tinggi atau di mana-mana sahaja seiring dengan peredaran keperluan semasa klien
mengikut usianya. Selain itu, bimbingan adalah suatu poses mencegah dan
bukannya proses membaiki atau memulih iaitu kaunselor sedaya upaya memberikan
kefahamanan atau merungkai kelebihan-kelebihan yang ada pada seseorang murid
itu untuk dikembangkan dalam aspek pendidikan misalnya dan segala kekurangan yang
dimiliki dirungkaikan terlebih dahulu dan oleh yang demikian dengan penjelasan
mengenai keistimewaan klien menjadi benteng kepada klien untuk tidak melakukan
sesuatu yang membawa kepada permasalahan hidup. Konsep rahsia dalam prinsip
bimbingan ini amat penting bagi saya kerana menjana kepercayaan daripada klien
kepada seorang kaunselor dan sudah pasti melancarkan proses bimbingan itu
sendiri di mana klien akan lebih bersikap terbuka untuk berkongsi masalah atau
meminta nasihat daripada klien. Seorang kaunselor juga harus mempunyai butiran
yang lengkap mengenai latar belakang klien untuk menjamin kerelavanan tingkah
laku klien dengan “background”nya. Bimbingan juga ‘mendapat kekuatannya’
apabila hubungan yang baik dan mesra wujud antara klien dan juga kaunselor hal
ini memudahkan lagi usaha kaunselor dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan
dalam sesi bimbingannya. Unsur paksaan adalah sangat bertentangan dengan
prinsip bimbingan kerana suasana kerelaan dan kemesraan yang wujudlah
menjadikan sesi lancar kerana masing-masing membawa aura positif semasa sesi. Kaunselor
harus yakin dengan kebolehan dan kemampuan klien dalam menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi oleh klien yang sememangnya kalau kita telusuri
dalam teori pemusatan klien yang dipelopori oleh Carl Ransom Rogers yang
menyatakan bahawa semua manusia itu baik-baik dan sentiasa menuju kearah kebaikan
dan kesempurnaan kendiri. Akhir sekali suka saya menekankan akan prinsip
bimbingan yang menitik berat tentang masa kini dana masa hadapan ketika
menjalanakan sesi dengan klien dan harus kita semua ketahui bahawa dalam
prinsip bimbingan ini setiap individu atau klien mempunyai cara atau kaedah
bimbingan yang berbeza dan pelbagai kerana persepsi kaunselor harus tidak
meletakkan bahawa setiap klien yang menghadapi masalah yang sama dengan
kebanyakan murid di sekolah adalah sama cara bimbingannya.
“PRINSIP DAN FALSAFAH KAUNSELING”
Prinsip
dan falsafah kaunseling pada asasnya adalah sama dan saya yakin prinsip yang
ada dalam proses bimbingan digunapakai juga dalam proses kaunseling tetapi
proses kaunseling juga mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Antaranya
ialah proses atau sesi kaunseling yang dijalankan adalah untuk mempengaruhi
perubahan tingkah laku klien seacara sukarela. Maksudnya disini, klien berusaha
untuk melakukan perubahan dan meminta bantuan daripada kaunselor dan saya kira
kaunselor memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan tersebut dengan
dorongan kearah perubahan yang lebih positif. Kaunselor hanya menyediakan
keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan klien dan dalam erti kata lain
kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dan dalam hal membuat keputusan adalah
pada bahu klien itu sendiri dan klien mempunyai hak untuk merasa bebas membuat
perubahan dalam kehidupannya. Kaedah temu bual digunakan sebagai memudahkan
perubahan tingkah laku klien walaupun bukan semua temu bual adalah proses
kaunseling. Kanselor juga harus memegang prisip sebagai pendengar yang terbaik
kepada klien agar klien merasa dirinya dihargai dan kaunselor seyogianya cuba
untuk memahami apa yang telah diluahkan sebagai langkah menganalisa permasalahan
yang dihadapi oleh klien. Kerahsiaan terhadap sesi adalah teras seperti mana
dalam prinsip bimbingan di mana setiap sesi adalah menjadi rahsia dana
bahan-bahan sesi dianggap sulit untuk pihak-pihak lain kecuali sepertimana yang
telah saya dan rakan-rakan dinasihati oleh pensyarah kami iaitu apabila hal
tersebut melibatkan keselamatan klien atau keselamatan mana-mana individu
seperti ada unsur mencederakan dan tindakan merbahaya wajib bagi kaunselor itu
membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan maka dibolehkan hal seperti
ini kepada kaunselor untuk tidak menjadikannya sebagai satu rahsia. Dalam prinsip
kaunseling seorang kaunselor juga seharusnya mempunyai kemahiran yang lengkap
bagi menghadapi masalah klien yang menghadapi masalah psikologi. Suka juga saya
membawakan sedikit pandangan yang diberikan oleh Biasco,F(1966) iaitu
kaunseling adalah proses bantu klien faham diri dan bantu klien tersebut
menerima keadaan dirinya tidak kira fizikal, rohaniah, dan mentalitinya. Sesi kaunseling
juga perlu dijalankan secara sistematik dan teratur untuk melihat perkembagan
kien secara lebih efektif. Di samping itu, saya bawakan lagi prinsip yang
dikemukakan oleh McDaniel dan Shaftel(1956), di mana mereka meletakkan proses
kaunseling sebagai proses berfikir bersama antara klien dan kaunselor di mana
kaunselor harus sama-sama berfikir dengan klien secara kritis dan mengambil
kira idea atau cadangan daripada klien untuk membentuk satu perubahan.
Secara holistiknya, saya mendapati
bahawasanya falsafah dan prinsip yang ada dalam bimbingan dan kaunseling
menjadi sesuatu yang amat penting sebagai garis panduan bagi kaunselor sebagai
panduan menjalankan sesi dan saya menganologikan prinsip ini sebagi satu tali
yang amat kukuh kepada seorang pendaki gunung dan jika pendaki tersebut tidak
berpegang teguh dengan tali tersebut alamatnya terkapai-kapailah si pendaki
tadi. Samalah hal ini dengan prinsip bimbingan dan kaunseling yang menjadi tali
yang kukuh kepada seorang yang bergelar kaunselor untuk mencapai puncak
keberkesan proses bimbingan dan kaunselingnya. Harapan saya dalam penulisan
kali ini sebagai seorang kaunselor anda seharusnya tidak mengkesampingkan
prinsip-prinsip yag sedia ada kerana kalau bukan anda yang bertanggungjawab
terhadapnya siapa lagi? Tepuk dada tanyalah minda…sekian dahulu moga
perkongsian ini menjana pengetahuan kita bersama dan sentiasa beristiqamah
dengan manfaatnya..insyallah..
No comments:
Post a Comment