TEORI
HUMANISTIK-TEORI PEMUSATAN KLIEN
Kali ini saya akan membawa
anda meneroka satu teori dalam bimbingan dan kaunseling yang merupakan salah
satu teori yang ulung iaitu teori pemusatan klien yang merupakan rumpun
daripada teori Humanistik. Menyingkap sejarah teori ini sebenarnya telah
diperkenalkan oleh Carl Ransom Rogers. Secara dasarnya teori ini merupakan juga
salah satu teori yang menolak ideologi Sigmund Freud dalam teori psikoanalisis
yang mengatakan bahwa manusia itu adalah hasil daripada mangsa naluri seksnya
dan sentisa menuju kebinasaan diri manakala Carl Rogers mengatakan bahawa
setiap manusia itu adalah baik dan
boleh dipercayai dan sentiasa akan mempunyai keinginan dan kecenderungan untuk
menuju kepada penyempurnaan kendiri. Disamping itu Carl Rogers juga menunjukkan
betapa dia tidak setuju dengan pandangan teori psikoanalisis yang mengatakan
bahawa “kaunselor lebih mengetahui”. Mungkin kali ini saya secara meluluh
menyentuh mengenai teori ini kerana saya merasakan bahawasnya teori ini amat mudah
untuk difahami dan diaplikasikan oleh para kaunselor dan juga sesiapa sahaja
yang sudi menjadi pengamal teori ini dalam memberikan bantuan kepada klien atau
seseorang yang menghadapi masalah dalam kehidupan. Ya, teori ini juga mempunyai
pandangan terhadap manusia dan permasalahan manusia itu sepertimana teori yang
lain. Teori ini melihat manusia itu sebenarnya mempunyai sifat-sifat yang
positif, baik, rasional, sosial, realistik dan dinamik dimana manusia itu
mempunyai kecenderungan kearah
kesempurnaan kendiri. Carl Rogers juga menyatakan bahwa manusia itu
sebenarnya adalah organisma yang patut diberikan kebebasan untuk berkembang,
dan kebebasan untuk berkembang itu akan memberikan kesempurnaan manusia itu.
Teori ini berpendapat bahawa manusia itu mampu untuk melaku perubahan terhadap
tingkah lakunya dengan mengetahui keupanyaan kendirinya dan jalan penyelesaian
masalahnya.
Pendapat atau pandangan
teori ini terhadap permasalahan manusia adalah disebabkan oleh ketidakselarasan persepsi dirinya
berdasarkan pengalamannya tidak sama dengan apa yang dialaminya. Untuk
pengatahuan anda apabila persepsi diri berdasarkan pengalaman tidak selaras
dengan kendirinya maka akan berlaku ketidakselarasan perasaan. Sebagai contoh
mudah, seorang pelajar sekolah rendah yang masuk ke sekolah menengah berasrama
penuh menghadapi ketidakselaran perasaaan atau masalah kendiri apabila terpaksa
menjalankan kehidupan secara berdikari diamana semua perkara harus dilakukan
secara sendiri. Hal ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh tidak selarasnya
pengalaman pelajar tersebut yang sebelumnya tinggal dirumah dan hidup tanpa
perlu berdikari dan keperluan seharian disediakan oleh ibubapanya akan tetapi
menghadapi konflik kendiri apabila pengalamannya dirumah tidak selaras dengan kehidupannya
diasrama.
Perkara penting yang anda perlu tahu adalah aspek kendiri seseoarang individu atau
klien dipenngaruhi oleh persepsinya terhadap dirinya sendiri, persepsi individu
lain terhadap dirinya dan persepsi dirinya terhadap orang lain. Sebagai
contoh kepada persepsi diri klien terhadap dirinya ialah bagaimana “dia”
melihat atau mencerminkan dirinya sendiri terutamanaya sifat-sifat baik atau
buruk yang dirasakan dominan dalam dirinya yang mempengaruhi kepada tingkah
laku atau sikap dirnya. Contoh kepada persepsi orang lain terhadap diri klien ialah bagaimana orang lain melihat diri klien
secara lahir dan batin dan biasanya
seseorang itu rapat dengan diri klien dan sebaliknya bagaimana persepsi klien
kepada individu lain melalui pengalamannya bersama individu tersebut. Jadi
ketiga-tiga aspek persepsi ini membentuk kepada kesempurnaan diri seseorang
klien.
Matlamat
utama teori ini sebenarnya adalah untuk memberikan
kebebasan kepada klien dalam sesuatu sesi untuk mememikirkan atau mengorak
langkah menyelesaikan masalahnya dan matlamat utama kaunselor adalah mewujudkan
kesedaran terhadap tanggungjawab klien kepada masalah yang dihadapi dimana
akhirnya pasti memusat kepada klien itu sendiri untuk menyelesaikan masalah itu
sendiri. Saya pernah dengar ustaz-ustaz yang pernah mengatakan bahawa biarlah
malaikat turun untuk memberikan kesedaran terhadap seseorang itu melakukan
perubahan dalam kehidupan tetapi sebenarnya tidak akan berjaya jika dia sendiri
tidak terdetik rasa tangggungjawab untuk melakukan perubahan. Justeru, konsep
ini juga diguna pakai dalam teori ini sebagai matlamat meletakan sepenuhnya
masalah yang dihadapi oleh klien atas bahunya sendiri di mana klien sendiri
yang bertanggungjawab melakukan perubahan dan menyelesaikan masalah.
Nah,
saya sudah memberikan sesedikit penerangan umum mengenai teori ini dan saya
rasa sudah masanya kita melihat apa pula pendekatan yang sesuai digunakan dalam
teori ini. Pertama sekali seorang kaunselor atau pengamal teori ini harus ingat
bahawa teori ini tidak memiliki sebarang teknik yang khusus dan sebenarnya
kaunselor dalam teori haruslah berperanan sebagai pendengar dan betindak aktif
terhadap luahan yang diampaikan oleh klien ketika sesi. Dalam mempraktikan
teori ini, kaunselor ketika sesi bersama klien haruslah mewujudkan hubungan
yang terapeutik antara kaunselor dengan klien kerana kita menyakini bahawasanya
teori ini bergantung kepada kualiti hubungan antara kaunselor dengan klien.
Justeru, dalam sesi kaunselor atau pengamal teori ini haruslah mewujudkan satu
keadaan tunjang ataupun keadaan “core condition’ yang dilengkapi dengan tiga
prinsip utama iaitu empati, kongruen,
dan penerimaan tanpa syarat. Sifat empati
ini seharusnya ditunjukkan oleh seorang kaunselor kepada klien dimana kaunselor
cuba memahami permasalahan klien dengan meletakan dirinya dengan masalah klien.
kaunselor ketika ini akan berusaha melihat permasalahan klien sejajar dengan
apa yang dirasakan atau apa yang difikirkan oleh klien tersebut. Hal ini
kerana, kadang-kadang kita melihat melihat perkara yang sama tetapi dalam aspek
yang berlainan kerana kita semua mempunyai perspektif yang berbeza dalam suatu
hal. Jadi, kauselor perlu memahami bagaimana klien berfikir. Dalam
mengaplikasikan sikap kongruen dalam
sesi, kaunselor seharusnya mengikhlaskan diri dalam menjalankan sesi bersama
klien. Keadaan ini saya kira akan membentuk kepercayaan klien terhadap
kaunselor dan tidak ada keraguan lagi bagi klien dalam menceritakan
permasalahan yang dihadapi. Keikhlasan ini secara tidak langsung mengikis sikap
negatif klien terhadap dirinya sendiri yang menyatakan dirinya tidak sempurna
dan membentuk satu esteem kendiri yang tinggi dimana dia yakin dengan
pandanganya sendiri. Penerimaan tanpa
syarat sebenarnya adalah suatu keadaan dimana kaunselor tidak melihat
kepada zahir dan batin klien dan tidak besifat “judgemental”. Kaunselor tidak
sekali-kali melihat rupa paras, latar belakang keluarga, bangsa dan agama
sebagai syarat terima klien. Saya merasakan bahwasanya klien akan merasakan
bahawa diri mereka dihargai dan lega untuk menceritakan mengenai hal
pemasalahan mereka apabila kaunselor tidak bertindak mengkritik dan menyoal
siasat pernyataan klien persis “siasatan jenayah”.
Secara
menyeluruh kita melihat teori ini sebenarnya tidak lari daripada menggalakan
klien berfikir, menyatakan pendapat, dan celik akal terhadap masalah yang
seharusnya menjadi tanggungjawab klien itu sendiri kerana teori ini yakin
bahawa klien adalah insan yang boleh dipercayai dan mempunyai kecenderungan
untuk menuju kesempurnaan kendiri.
Satu teori yang mudah tetapi berguna
telah pun anda fahami dan sudah pasti ada dalam genggaman anda!. Saya merasakan
teori ini patut dijadikan sebagai pendoman anda dengan menerapkan nilai-nilai
seperti empati, komgruen dan menerima tanpa syarat kerana keadaan dan sifat ini
yang menjadi tunjang utama dalam kita melakukan pemusatan terhadap diri klien.
saya kira ada beberapa ‘point’ penting yang sudah saya gelapkan sedikit
daripada perkataan-perkataan lain kerana saya merasakan penting dalam memahami
teori ini. Saya sangat berharap agar perkongsian kali ini mengenai teori
pemusatan klien Carl Rogers ini bermanfaat bagi anda semua !. Mudah-mudahan
saya mampu untuk meneruskan penulisan ini dengan izin Allah Azza Wajala…dan
insyaalah kalau kita sama-sama mendoakan kebaikan bersama sudah pasti bercambah
menjadi satu nikmat yang dirasai bersama. Sekian dahulu, moga ceri-ceria selalu…