Tuesday, 3 November 2015

PROSES BIMBINGAN DAN KAUNSELING

            Pernakah anda melihat kudis di mana-mana anggota tubuh badan anda yang dari awalnya bernanah kemudian beransur-ansur pulih?. Sebenarnya pembaikan kudis tersebut dikatakan mengalami “proses” penyembuhan. Pada kali ini sebenarnya saya cuba untuk membawa satu topik yang menyentuh mengenai perkataan “proses” iaitu proses dalam bimbingan dan kaunseling ketika sesi bersama klien. Saya kira relevanlah mengapa sesi bimbingan dan kaunseling dikatakan suatu proses kerana kalau kita lihat definisi kepada bimbingan dan kaunseling yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang kaunseling banyak memulakan definisi mereka mengenai bimbingan dan kaunseling sebagai satu “proses” memberikan bantuan kepada klien. Satu contoh mudah, daripada Shertzer dan Stone yang telah mengatakan bahawa kaunseling ialah satu “proses” interaksi antara klien dan kaunselor sebagai bantuan untuk memahami diri dan keadaan persekitaran. Lihat perkataan proses itu menunjukkan betapa sesi bimbingan dan kaunseling adalah suatu yang melibatkan masa, peringkat dan fasa-fasa.

            Proses kaunseling hasil daripada rujukan beberapa buku saya telah dapati bahawa setiap penulis mempunyai pandangan yang berbeza mengenainya di mana ada yang menyatakan terdapat lapan proses dalam bimbingan dan kaunseling dan ada yang menyatakan bahawa terdapat lima proses utama dalam bimbingan dan kaunseling. Jadi, sebenarnya proses bimbingan dan kaunseling boleh saya katakan sebagai sesuatu yang bersifat dinamik dan tidak terlalu statik mengikut keselesaan dan keperluan kaunselor dalam menjalankan sesi yang dijalankan. Lima proses yang kiranya penting atau menjadi asas dalam proses bimbingan dan kaunseling iaitu, bina hubungan, membuat penerokaan, membuat keputusan, tahap perlaksanaan keputusan, dan penamatan sesi.

            Bagi proses yang pertama iaitu membina hubungan bermaksud kaunselor akan memulakan sesi dengan beramah mesra atau sedikit bertaaruf dahulu dengan klien. Proses ini agak penting kerana kaunselor akan cuba untuk mewujudkan rasa selesa kepada klien agar tidak berasa takut atau teragak-agak dengan kaunselor ketika dalam sesi. Terdapat beberapa langkah juga sebenarnya dalam proses membina hubungan antaranya ialah kaunselor akan menjelaskan matlamat sesi kepada klien agar klien tidak menghadapi kekeliruan dan menjelaskan tentang peranan kaunselor dalam sesi serta hak-hak klien ketika dalam sesi. Kaunselor juga akan membina struktur sesi, iaitu kanselor akan menjelaskan juga mengenai bentuk sesi yang akan dijalankan. Dalam proses ini sedar atau tidak kita bukan sahaja membina hubungan dengan klien secara terapeutik malah kita sedang membina kepercayaan dalam diri klien terhadap kaunselor yang amat mempengaruhi sesi sesuai dengan pandangan Carl Rogers yang melihat keberkesanan sesi bimbingan dan kaunseling melalui kualiti hubungan antara klien dengan kaunselor.

            Seterusnya, kaunselor akan meneruskan sesi bimbingan dan kaunseling dengan melakukan penerokaan terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor dalam proses ini haruslah bertindak bijak dalam mendapat penjelasan sebenar daripada klien dengan mengajukan soalan-soalan yang berbentuk terbuka(biasanya soalan menanyakan pendapat) dan mengelakkan mengajukan soalan yang berbentuk tertutup(soalan yang dijawab dengan perkataan “ya” atau “tidak”). Melalui penerokaan inilah kaunselor akan dapat melihat beberapa aspek masalah yang dihadapi oleh klien yang antaranya ialah skop permasalahan yang dihadapi oleh klien, di mana seorang kaunselor akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi klien itu dalam bentuk konteks, persekitaran, dan juga menilai keadaan atau penglibatan mana-mana individu atau pihak yang berkenaan dengan masalah klien. Tahap kefungsian klien dengan masalahnya juga diambil kira kerana kaunselor itu harus tahu sejauh mana klien mampu menghadapi masalah yang sedang dihadapi dari aspek sosial dan psikologi dan adakah klien berada pada aras yang sesuai dalam keterfungsian klien terhadap masalah tersebut. Kaunselor juga akan meneroka hubungan klien dengan golongan-golongan yang signifikan dengan klien sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Penerokan kaunselor terhadap klien juga melihat bagaimana atau gaya atau juga corak pemikiran dan tindakan klien terhadap maslah yang dihadapinya. Kaunselor pada hemat saya melihat sejauh mana klien “berani” mengambil risiko masalah yang lepas atau masalah kini dan “bagaimana” dia “berfikir” dan “bertindak” dengan masalah tersebut. Aspek kekuatan klien juga diteroka oleh kaunselor ketika melakukan penerokaan terhadap klien. Persoalan mudah untuk kaunselor cetuskan dalam pemikirannya terhadap klien, iaitu sejauh mana klien faham dengan masalah yang sedang dihadapinya? Dan adakah klien mampu untuk bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapinya.

            Proses diteruskan lagi dengan membuat keputusan dalam sesi. Klien dan kaunselor haruslah meletakkan matlamat yang ingin dicapai dalam sesi yang dijalankan. Matlamat yang ditentukan bertujuan untuk mengelakkan klien berasa keliru dan sebagai salah satu garis panduan dalam mencapai objektif sesi. Keputusan dalam sesi juga memerlukan klien dan kaunselor menentukan strategi bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Strategi yang ditentukan haruslah melihat kepada faktor-faktor yang bakal mempengaruhi keberkesanan strategi tersebut. Antara yang menjadi faktor kepada keberkesanan strategi ialah faktor klien itu sendiri kerana strategi tersebut haruslah sesuai dengan jenis masalah klien, corak pemikiran klien, dan juga latar belakang klien. faktor kaunselor juga boleh kita lihat dari aspek pengalaman kaunselor dalam berhadapan dengan permasalahan yang persis dengan masalah yang dihadapi, aras pemikiran kaunselor atau aras kognitif dalam penyelesaian masalah, kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh kaunselor dan juga keteguhan pengangan kaunselor dengan teori yang dimiliki. Saya juga yakin bahawa faktor persekitaran juga turut mempengaruhi strategi yang hendak dilaksanakan di mana kaunselor harus melihat latar tempat strategi yang akan dilaksanakan atau diaplikasikan oleh klien di luar sesi nanti, apa suasananya?, Bagaimana pula dengan keadaan hidup klien. Seyogianya dalam menentukan strategi, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan strategi harus dititikberatkan kerana kita tidak mahu membina satu strategi yang sia-sia seperti membina jambatan tanpa tiang atau seperti berjalan sambil tutup mata yang melakukan sesuatu tanpa mengkaji atau melakukan sesuatu itu tanpa melihat kesannya terhadap klien.

            Untuk proses yang seterusnya adalah rentetan daripada proses yang sebelumnya iaitu proses pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui antara klien dan kaunselor. Baiklah begini, kita telah memutuskan matlamat dan strategi dalam proses sebelumnya dan keputusan tersebut haruslah dilaksanakan oleh klien sebagai mencapai objektif sesi bimbingan dan kaunseling tersebut. dalam proses ini sebenarnya klien haruslah memahami akan langkah yang harus dilaksanakan atau apa strategi yang sebenarnya mampu untuk dirinya laksanakan. Kaunselor secara khususnya seharusnya menilai tahap perlaksanaan keputusan yang telah dipersetujui dan memberikan pertanyaan lisan kepada klien akan perkembangan yang telah klien capai. Sebagai contoh, kaunselor melakukan “check up” kepada senarai strategi yang dirasakan sudah dicapai atau belum dicapai oleh klien sebagai penanda aras kepada pencapaian klien. Tahap pelaksanaan keputusan ini juga bagi saya mampu untuk menunjukkan adakah sesi kita atau seseorang kaunselor itu berjaya atau tidak, dan dalam proses ini juga jika dirasakan perlu untuk menukar strategi maka pada proses inilah masanya untuk merancang strategi baru.

            Proses akhir bimbingan dan kaunseling adalah proses penamatan. Pada proses ini klien dan kaunselor memikirkan sama ada sesi tersebut akan ditamatkan atau diteruskan. Klien dan kaunselor juga melihat sama ada sesi perlu dilanjutkan akibat ada matlamat yang sudah dicapai atau belum dan jika belum klien akan diminta untuk menjelaskannya sebagai langkah untuk merancang atau membincangkan mengenai halangan-halangan yang dihadapi untuk menuju matlamat tersebut. Dalam proses penamatan ini juga klien sebenarnya berhak untuk menaangguhkan sahaja sesi terebut dan meneruskannya pada lain waktu. Hal ini ada dinyatakan oleh Gladding bahawa klien akan menghadapi masalah untuk menghadapi dunia selepas sesi iaitu terkapai-kapai tanpa bimbingan dan panduan daripada kaunselor. Justeru, klien seharusnya meneruskan sesi sehingga benar-benar merasakan bahawa dia sudah mampu untuk menghadapi pemasalahannya tanpa bantuan atau dengan dayanya sendiri hasil daripada khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor atau mana-mana pihak yang signifikan. Untuk mengakhiri proses, kaunselor haruslah memberikan ruang untuk klien merumuskan sesi dan kaunselor boleh untuk menambah rumusan klien. Jika klien menyatakan bahawa dia sudah mampu untuk menghadapi permasalahanya dan kaunselor mendapati bahawa klien sudah mampu berdikari maka sesi boleh ditamatkan.

            Saya sejujurnya agak berminat dengan proses bimbingan dan kaunseling yang telah dinyatakan oleh Dr Sapora Sipon seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia yang telah membahagikan proses kaunseling dalam penulisan jurnalnya  kepada tiga fasa iaitu fasa sebelum proses bantuan, fasa semasa proses bantuan dan selepas proses bantuan. Di mana beliau lebih mempunyai penerangan serta kaedah yang lebih berkesan semasa menjalani proses bimbingan dan kaunseling. Namun, suka juga saya berkongsi dengan anda secara umum proses bimbingan dan kaunseling menurut pemahaman saya kerana mungkin akan lebih memudahkan anda untuk faham almaklum bahasa orang baru belajar meniti titi sayembara kaunseling mungkin agak kurang professional tapi mudah difahami.
Sekadar disini dahulu perkongsian fikrah mengenai proses bimbingan dan kaunseling. Kepada anda yang bakal kaunselor atau memang seorang kaunselor ingat!, jangan pernah pandang enteng dengan proses bimbingan dan kaunseling kerana ianya laksana akar yang menunjangi pepohon yang amat penting sebagai satu elemen penting untuk anda fahami sebagai mencapai keberkesanan dan keberhasilan sesi anda bersama klien. Saya menyeru dengan rendah dirinya kepada anda dan diri saya jangan pernah putuskan doa anda  dalam kebaikan. Insyallah kita sama-sama istiqamah dalam mentadabur dan memahami ilmu bimbingan dan kaunseling dan apa-apa jua ilmu yang bermanfaat. terima kasih anda semua hebat!.

Kuntum kasih berseratkan,
Daun-daun berguguran,
Mohon inzin berwarkah lagi,
Salah silap harap maafi…



Friday, 30 October 2015

TEORI HUMANISTIK-TEORI PEMUSATAN KLIEN

Kali ini saya akan membawa anda meneroka satu teori dalam bimbingan dan kaunseling yang merupakan salah satu teori yang ulung iaitu teori pemusatan klien yang merupakan rumpun daripada teori Humanistik. Menyingkap sejarah teori ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Carl Ransom Rogers. Secara dasarnya teori ini merupakan juga salah satu teori yang menolak ideologi Sigmund Freud dalam teori psikoanalisis yang mengatakan bahwa manusia itu adalah hasil daripada mangsa naluri seksnya dan sentisa menuju kebinasaan diri manakala Carl Rogers mengatakan bahawa setiap manusia itu adalah baik dan boleh dipercayai dan sentiasa akan mempunyai keinginan dan kecenderungan untuk menuju kepada penyempurnaan kendiri. Disamping itu Carl Rogers juga menunjukkan betapa dia tidak setuju dengan pandangan teori psikoanalisis yang mengatakan bahawa “kaunselor lebih mengetahui”. Mungkin kali ini saya secara meluluh menyentuh mengenai teori ini kerana saya merasakan bahawasnya teori ini amat mudah untuk difahami dan diaplikasikan oleh para kaunselor dan juga sesiapa sahaja yang sudi menjadi pengamal teori ini dalam memberikan bantuan kepada klien atau seseorang yang menghadapi masalah dalam kehidupan. Ya, teori ini juga mempunyai pandangan terhadap manusia dan permasalahan manusia itu sepertimana teori yang lain. Teori ini melihat manusia itu sebenarnya mempunyai sifat-sifat yang positif, baik, rasional, sosial, realistik dan dinamik dimana manusia itu mempunyai kecenderungan kearah kesempurnaan kendiri. Carl Rogers juga menyatakan bahwa manusia itu sebenarnya adalah organisma yang patut diberikan kebebasan untuk berkembang, dan kebebasan untuk berkembang itu akan memberikan kesempurnaan manusia itu. Teori ini berpendapat bahawa manusia itu mampu untuk melaku perubahan terhadap tingkah lakunya dengan mengetahui keupanyaan kendirinya dan jalan penyelesaian masalahnya.

Pendapat atau pandangan teori ini terhadap permasalahan manusia adalah disebabkan oleh ketidakselarasan persepsi dirinya berdasarkan pengalamannya tidak sama dengan apa yang dialaminya. Untuk pengatahuan anda apabila persepsi diri berdasarkan pengalaman tidak selaras dengan kendirinya maka akan berlaku ketidakselarasan perasaan. Sebagai contoh mudah, seorang pelajar sekolah rendah yang masuk ke sekolah menengah berasrama penuh menghadapi ketidakselaran perasaaan atau masalah kendiri apabila terpaksa menjalankan kehidupan secara berdikari diamana semua perkara harus dilakukan secara sendiri. Hal ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh tidak selarasnya pengalaman pelajar tersebut yang sebelumnya tinggal dirumah dan hidup tanpa perlu berdikari dan keperluan seharian disediakan oleh ibubapanya akan tetapi menghadapi konflik kendiri apabila pengalamannya dirumah tidak selaras dengan kehidupannya diasrama.

 Perkara penting yang anda perlu tahu adalah aspek kendiri seseoarang individu atau klien dipenngaruhi oleh persepsinya terhadap dirinya sendiri, persepsi individu lain terhadap dirinya dan persepsi dirinya terhadap orang lain. Sebagai contoh kepada persepsi diri klien terhadap dirinya ialah bagaimana “dia” melihat atau mencerminkan dirinya sendiri terutamanaya sifat-sifat baik atau buruk yang dirasakan dominan dalam dirinya yang mempengaruhi kepada tingkah laku atau sikap dirnya. Contoh kepada persepsi orang lain terhadap diri klien  ialah bagaimana orang lain melihat diri klien secara lahir dan batin  dan biasanya seseorang itu rapat dengan diri klien dan sebaliknya bagaimana persepsi klien kepada individu lain melalui pengalamannya bersama individu tersebut. Jadi ketiga-tiga aspek persepsi ini membentuk kepada kesempurnaan diri seseorang klien.

            Matlamat utama teori ini sebenarnya adalah untuk memberikan kebebasan kepada klien dalam sesuatu sesi untuk mememikirkan atau mengorak langkah menyelesaikan masalahnya dan matlamat utama kaunselor adalah mewujudkan kesedaran terhadap tanggungjawab klien kepada masalah yang dihadapi dimana akhirnya pasti memusat kepada klien itu sendiri untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Saya pernah dengar ustaz-ustaz yang pernah mengatakan bahawa biarlah malaikat turun untuk memberikan kesedaran terhadap seseorang itu melakukan perubahan dalam kehidupan tetapi sebenarnya tidak akan berjaya jika dia sendiri tidak terdetik rasa tangggungjawab untuk melakukan perubahan. Justeru, konsep ini juga diguna pakai dalam teori ini sebagai matlamat meletakan sepenuhnya masalah yang dihadapi oleh klien atas bahunya sendiri di mana klien sendiri yang bertanggungjawab melakukan perubahan dan menyelesaikan masalah.

            Nah, saya sudah memberikan sesedikit penerangan umum mengenai teori ini dan saya rasa sudah masanya kita melihat apa pula pendekatan yang sesuai digunakan dalam teori ini. Pertama sekali seorang kaunselor atau pengamal teori ini harus ingat bahawa teori ini tidak memiliki sebarang teknik yang khusus dan sebenarnya kaunselor dalam teori haruslah berperanan sebagai pendengar dan betindak aktif terhadap luahan yang diampaikan oleh klien ketika sesi. Dalam mempraktikan teori ini, kaunselor ketika sesi bersama klien haruslah mewujudkan hubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien kerana kita menyakini bahawasanya teori ini bergantung kepada kualiti hubungan antara kaunselor dengan klien. Justeru, dalam sesi kaunselor atau pengamal teori ini haruslah mewujudkan satu keadaan tunjang ataupun keadaan “core condition’ yang dilengkapi dengan tiga prinsip utama iaitu empati, kongruen, dan penerimaan tanpa syarat. Sifat empati ini seharusnya ditunjukkan oleh seorang kaunselor kepada klien dimana kaunselor cuba memahami permasalahan klien dengan meletakan dirinya dengan masalah klien. kaunselor ketika ini akan berusaha melihat permasalahan klien sejajar dengan apa yang dirasakan atau apa yang difikirkan oleh klien tersebut. Hal ini kerana, kadang-kadang kita melihat melihat perkara yang sama tetapi dalam aspek yang berlainan kerana kita semua mempunyai perspektif yang berbeza dalam suatu hal. Jadi, kauselor perlu memahami bagaimana klien berfikir. Dalam mengaplikasikan sikap kongruen dalam sesi, kaunselor seharusnya mengikhlaskan diri dalam menjalankan sesi bersama klien. Keadaan ini saya kira akan membentuk kepercayaan klien terhadap kaunselor dan tidak ada keraguan lagi bagi klien dalam menceritakan permasalahan yang dihadapi. Keikhlasan ini secara tidak langsung mengikis sikap negatif klien terhadap dirinya sendiri yang menyatakan dirinya tidak sempurna dan membentuk satu esteem kendiri yang tinggi dimana dia yakin dengan pandanganya sendiri. Penerimaan tanpa syarat sebenarnya adalah suatu keadaan dimana kaunselor tidak melihat kepada zahir dan batin klien dan tidak besifat “judgemental”. Kaunselor tidak sekali-kali melihat rupa paras, latar belakang keluarga, bangsa dan agama sebagai syarat terima klien. Saya merasakan bahwasanya klien akan merasakan bahawa diri mereka dihargai dan lega untuk menceritakan mengenai hal pemasalahan mereka apabila kaunselor tidak bertindak mengkritik dan menyoal siasat pernyataan klien persis “siasatan jenayah”.

            Secara menyeluruh kita melihat teori ini sebenarnya tidak lari daripada menggalakan klien berfikir, menyatakan pendapat, dan celik akal terhadap masalah yang seharusnya menjadi tanggungjawab klien itu sendiri kerana teori ini yakin bahawa klien adalah insan yang boleh dipercayai dan mempunyai kecenderungan untuk menuju kesempurnaan kendiri.

Satu teori yang mudah tetapi berguna telah pun anda fahami dan sudah pasti ada dalam genggaman anda!. Saya merasakan teori ini patut dijadikan sebagai pendoman anda dengan menerapkan nilai-nilai seperti empati, komgruen dan menerima tanpa syarat kerana keadaan dan sifat ini yang menjadi tunjang utama dalam kita melakukan pemusatan terhadap diri klien. saya kira ada beberapa ‘point’ penting yang sudah saya gelapkan sedikit daripada perkataan-perkataan lain kerana saya merasakan penting dalam memahami teori ini. Saya sangat berharap agar perkongsian kali ini mengenai teori pemusatan klien Carl Rogers ini bermanfaat bagi anda semua !. Mudah-mudahan saya mampu untuk meneruskan penulisan ini dengan izin Allah Azza Wajala…dan insyaalah kalau kita sama-sama mendoakan kebaikan bersama sudah pasti bercambah menjadi satu nikmat yang dirasai bersama. Sekian dahulu, moga ceri-ceria selalu…

           

            

Wednesday, 28 October 2015

TEORI BEHAVIOURISME-TEORI TINGKAH LAKU

                Untuk berbicara mengenai teori-teori yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling saya bukanlah orang yang terlalu arif mengenainya kerana saya juga insan yang sedang masih dalam proses belajar bak kata pepatah baru setahun jagung. Namun saya percaya walau sedikit pembacaan serta sedikit kefahaman saya mengenai tajuk ini saya rasa mampu untuk berkongsi bersama anda kali ini mengenai teori tingkah laku. Teori ini sebenarnya dipelopori oleh beberapa tokoh psikologi yang terkenal dan antaranya ialah Watson, Povlov, Skinner dan juga Albert Bandura. Seperti teori-teori bimbingan dan kaunseling yang lain, tokoh setiap teori mempunyai tersendiri mengenai tingkah laku  manusia dan permasalahannya dan begitu jugalah dengan teori yang saya ingin kongsikan iaitu teori tingkah laku yang pada asasnya melihat manusia itu lahirnya adalah suci atau baik dan mempunyai kencenderungan untuk melakukan perkara baik dan juga perkara buruk. Mereka lebih menggunakan konsep “tabula rasa” atau “kain putih” bagi menjelaskan fitrah manusia yang lahir tanpa sifat-sifat baik atau buruk. Ahli psikologi tingkah laku juga mengandaikan bahawasanya tingkah laku manusia itu dipelajari daripada persekitarannya dan bertindak balas dengan ransangan dan kelaziman klasik dan kelaziman operean sehingga membentuk tingkah laku seseorang individu itu. Teori ini sebenarnya tidak mengambil kira mengenai pemikiran dan perasaan seseorang individu atau klien. Walaupun begitu, bukanlah teori lain seperti teori kognitif tidak bersetuju dengan teori ini bahkan mereka mengatakan teori tingkah laku adalah salah satu cabang daripada teori kognitif dan mengambil konsep dalam teori tingkah laku dalam penerangan mereka kerana teori tingkah laku ini mengambil kira peristiwa yang mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia.


                Untuk lebih mudah cuba anda ingat beberapa konsep atau kata kunci yang saya senaraikan iaitu pelaziman klasik, pelaziman operan , pembelajaran peniruan, peneguhan, penghapusan, generealisasi, diskriminasi, dan pembentukan. Saya syorkan anda “search” makna senarai perkataan tersebut kerana ianya ialah senarai konsep atau istilah yang anda akan sentiasa jumpa dalam teori tingkah laku ini. Tapi jangan risau jika anda pening atau binggung mengenainya mulakanlah dengan senyuman padu anda kerana ianya adalah proses percambahan ilmu dalam otak anda!.


                Baiklah, saya teruskan lagi dengan matlamat dalam teori ini yang sudah pasti bermatlamat untuk melakukan modifikasi(pembaikan, pemulihan, atau perubahan) tingkah laku seseorang klien daripada tingkah laku yang kurang baik kepada tingkah laku yang lebih baik dan matang. Matlamat lain dalam tingkah laku ini juga adalah untuk mewujudkan satu tingkah laku yang ideal dengan mengambil kira peristiwa dan kesan daripada tingkah laku tersebut peristiwa itu. Saya juga berpendapat bahawa teori ini bermatlamat untuk memberikan kemahiran sosial kepada klien dan menyemaikan sikap bertanggungjawab dalam diri klien terhadap tingkah laku mereka.


                Pendekatan dalam teori ini juga mudah untuk kita fahami di mana kita boleh menggunakan kaedah pemahaman terhadap rantaian tingkah laku A-B-C iaitu A ialah (antecendent) iaitu peristiwa yang menjadi peransang atau stimuli kepada B(behaviour) iaitu tingkah laku manusia dan gerak balasnya terhadap peristiwa A dan C mewakili  (consequence) kesan tingkah laku ketika peristiwa kepada tingkah laku masa depan. Sebagai contoh, misalnya saya memberikan anda satu peristiwa A di kedai permainan iaitu terdapat seorang ibu membawa anaknya lalu di kedai mainan tersebut.  B(behaviour) pula ialah tingkah laku anak kecil itu yang mula meragam melihat permainan yang ada. Manakala, C(consequence) ialah kesan daripada tingkah laku pada B yang diperteguhkan degan apa cara sekali pun contohnya, apabila anak kecil yang menangis tersebut dibelikan permainan seperti yang dikehendakinya dan hasil daripada peristiwa tersebut menyebabkan budak kecil tersebut akan meragam apabila melalui kedai permainan tersebut  atau mana-mana kedai seumpamanya. Oleh itu, dalam kaedah ini kita cuba untuk mengubah tingkah laku tersebut dengan mengambil kira A(peristiwa) dan C( kesan tingkah laku). Kita sebagai ibu dalam peristiwa ini akan mencari jalan untuk mengubah peristiwa anak kecil yang meragam pada awalnya meragam di kedai permainan kepada peristiwa yang dirasakan sesuai seperti menjadikan kedai buku sebagai tempat kanak kecil tersebut meragam dan kita meneguhkan tingkah laku tersebut dengan membelikan buku yang kiranya lebih bermanfaat. Pendekatan pelaziman operan dan pelaziman klasik iaitu dengan menguatkan atau membuat peneguhan terhadap gerak balas yang dilakukan oleh klien   untuk membentuk tingkah laku ideal tersebut.


                Sebagai kaunselor pula, kita berperanan penting dalam membuat pemantauan terhadap perubahan tingkah laku klien kerana kemungkinan besar klien akan bertindak aktif dalam melakukan perubahan dan  saya kira pemantauan dan bimbingan kaunselor amat penting agar perubahan yang dilakukan akan menjana tingkah laku ideal dan diterimah norma masyarakat, orang sekeliling dan juga dirinya sendiri. Kaunselor juga memainkan peranan dalam mewujudkan satu idol atau ikon yang boleh dijadikan contoh dan ditiru oleh klien dalam usaha membina perwatakan tingkah laku yang diingini sesuai juga dengan pendekatan yang dilazimkan oleh Albert Bandura yang menyatakan bahawa tingkah laku manusia itu adalah hasil daripada peniruannya dengan tingkah laku persekitaran. Disamping itu, kaunselor juga berperanan dalam membuat peneguhan terhadap kelaziman yang akan menjadi keterlaziman tingkah laku klien dengan cara memberikan token kepada klien. Sebagai contoh, kita boleh berikan ucapan kata-kata semangat atau puji-pujian(token) sebagai dorongan kepada perubahan baik yang telah dilakukan oleh  klien. Bagi menguatkan kefahaman saya bawakan lagi satu contoh yang boleh dilakukan oleh kaunselor atau guru di kelas dimana kita mengkehendaki murid untuk “rajin” menyiapkan kerja sekolah misalnya, kita boleh menggunakan kaedah memberikan token seperti hadiah kepada murid yang berjaya menyiapkan kerja sekolah. Jadi, dengan token yang diberikan secara tidak langsung memberikan semangat kepada murid-murid untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut dan jika hal ini berjaya diulang atau dilazimkan maka saya yakin bahawa hal ini akan menjadikan murid-murid “rajin” dan mendapat motivasi seperti yang diharapkan oleh kaunselor dan guru dan saya percaya pemberian token adalah salah satu langkah baik dalam peneguhan tingkah laku klien dan secara tidak langsung mampu untuk menghapuskan tingkah laku yang negatif dan yang tidak diingini oleh klien.


                 Teknik dalam teori ini kalau anda baca dari awal penulisan saya kali ini dimana saya ada menyuruh anda, mencari maksud kepada istilah-istilah yang terdapat dalam teori ini sebenarnya merupakan antara teknik-teknik yang wajar dimahirkan oleh seorang kaunselor dalam mengaplikasikan teori tingkah laku ini. Saya signifikankan kepada anda teknik asas dalam teori tingkah laku ini dimana anda wajar mahir dalam mengaplikasikan konsep, rantaian tingkah laku A-B-C, pembelajaran peniruan(modelling), mengaplikasikan kelaziman operan dan klasik untuk membentuk keterlaziman tingkah laku, peneguhan tingkah laku baik, penghapusan tingkah laku buruk, pengaplikasian token dalam pembentukan tingkah laku dan juga terdapat banyak lagi teknik yang sesuai tetapi saya kira sebagai pemulaan baik kita kuasai teknik-teknik ini dahulu.


 Sebagai mengakhiri perkongsian ini, saya merasakan bahawa teori tingkah  laku ini adalah teori yang unik dan sesuai digunakan dalam usaha membantu murid yang menghadapi masalah dalam tingkah laku seharian yang mungkin tidak berkenan dengan tingkah laku dirinya sendiri disamping tidak disenangi oleh orang di sekelingnya. Teori ini juga kalau kita bijak mengaplikasikannya juga memudahkan kita dalam menangani masalah-masalah murid yang mempunyai tingkah laku nagatif seperti malas, suka menipu dan nakal. Kiranya anda sebenarnya seorang yang hebat kerana mampu untuk membaca penulisan saya kali ini walaupun terdapat istilah-istilah baru yang mungkin agak membingungkan otak dan saya juga awalnya menghadapi masalah yang sama akan tetapi setelah beberapa kali membuat pembacaan dan rujukan mengenai teori tingkah laku ini akhiranya sedikit sebanyak membantu saya membuat sedikit rintisan ilmu mengenainya, begitu juga dengan anda di mana saya yakin dan optimis mengatakan anda mampu untuk memahami teori tingkah laku dan kefahaman mendalam anda dalam penulisan saya kali adalah satu kredit buat anda!. Insyaallah..dengan niat suci anda, dipermudahkan untuk memahami teori ini dan kalau diizinkan Allah untuk meneruskan penulisan ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa lagi teori dalam bimbingan dan kaunseling….Amiin..!


                                                      

Saturday, 24 October 2015

FALSAFAH DAN PRINSIP DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mengapa falsafah dan prinsip perlu ada dalam proses bimbingan dan kaunseling? Apa pula sebenarnya yang dimaksudkan dengan prinsip bimbingan dan kaunseling? Aduhai, satu lagi topik yang berkecamuk dalam pemikiran saya dan harus saya leraikan bersama kerana melihat akan perlunya kefahaman luhur mengenai asas falsafah dan prinsip dalam bimbingan dan kaunseling. Untuk kepastian anda semua, prinsip dan falsafah ini adalah suatu set prinsip-prinsip yang saya kira perlu disediakan bagi menjamin kelicinan dan keberkesanan proses bimbingan dan kaunseling khususnya menjadi asas kepada kaunselor dalam menjalankan sesi kepada klien. Kalau kita rujuk dalam kamus dewan edisi yang ke-3, prinsip ialah dasar sesuatu pemikiran atau tindakan. Nah kalau begitu, dapatlah kita katakan bahawa prinsip bimbingan dan kaunseling menjadi asas kepada pengelolahan dan pentadbiran khususnya dalam sesi atau proses bimbingan dan kaunseling di sekolah.  


“FALSAFAH DAN PRINSIP BIMBINGAN”

Bimbingan ialah tugas pendidik, kaunselor sewajarnya memberikan pertolongan atau bimbingan kepada murid untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada Negara. Proses pengetahuan berlaku ketika membimbing iaitu kaunselor mengambil kira minat dan kecenderungan klien dan memberikan segala maklumat terhadap minat tersebut dalam pelbagai aspek dalam usaha memberikan dorongan. Bimbingan tidak boleh dikhaskan kepada segolongan murid sahaja, kerana prinsip asas kepada bimbingan adalah diberikan kepada semua murid yang memerlukan bimbingan dan yang sukarela meminta bimbingan. Bimbingan adalah suatu proses seumur hidup iaitu seseorang klien berhak untuk mendapatkan bimbingan tidak kira usia dan keberadaannya sebagai pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar institut pengajian tinggi atau di mana-mana sahaja seiring dengan peredaran keperluan semasa klien mengikut usianya. Selain itu, bimbingan adalah suatu poses mencegah dan bukannya proses membaiki atau memulih iaitu kaunselor sedaya upaya memberikan kefahamanan atau merungkai kelebihan-kelebihan yang ada pada seseorang murid itu untuk dikembangkan dalam aspek pendidikan misalnya dan segala kekurangan yang dimiliki dirungkaikan terlebih dahulu dan oleh yang demikian dengan penjelasan mengenai keistimewaan klien menjadi benteng kepada klien untuk tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada permasalahan hidup. Konsep rahsia dalam prinsip bimbingan ini amat penting bagi saya kerana menjana kepercayaan daripada klien kepada seorang kaunselor dan sudah pasti melancarkan proses bimbingan itu sendiri di mana klien akan lebih bersikap terbuka untuk berkongsi masalah atau meminta nasihat daripada klien. Seorang kaunselor juga harus mempunyai butiran yang lengkap mengenai latar belakang klien untuk menjamin kerelavanan tingkah laku klien dengan “background”nya. Bimbingan juga ‘mendapat kekuatannya’ apabila hubungan yang baik dan mesra wujud antara klien dan juga kaunselor hal ini memudahkan lagi usaha kaunselor dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam sesi bimbingannya. Unsur paksaan adalah sangat bertentangan dengan prinsip bimbingan kerana suasana kerelaan dan kemesraan yang wujudlah menjadikan sesi lancar kerana masing-masing membawa aura positif semasa sesi. Kaunselor harus yakin dengan kebolehan dan kemampuan klien dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh klien yang sememangnya kalau kita telusuri dalam teori pemusatan klien yang dipelopori oleh Carl Ransom Rogers yang menyatakan bahawa semua manusia itu baik-baik dan sentiasa menuju kearah kebaikan dan kesempurnaan kendiri. Akhir sekali suka saya menekankan akan prinsip bimbingan yang menitik berat tentang masa kini dana masa hadapan ketika menjalanakan sesi dengan klien dan harus kita semua ketahui bahawa dalam prinsip bimbingan ini setiap individu atau klien mempunyai cara atau kaedah bimbingan yang berbeza dan pelbagai kerana persepsi kaunselor harus tidak meletakkan bahawa setiap klien yang menghadapi masalah yang sama dengan kebanyakan murid di sekolah adalah sama cara bimbingannya.


“PRINSIP DAN FALSAFAH KAUNSELING”

Prinsip dan falsafah kaunseling pada asasnya adalah sama dan saya yakin prinsip yang ada dalam proses bimbingan digunapakai juga dalam proses kaunseling tetapi proses kaunseling juga mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Antaranya ialah proses atau sesi kaunseling yang dijalankan adalah untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku klien seacara sukarela. Maksudnya disini, klien berusaha untuk melakukan perubahan dan meminta bantuan daripada kaunselor dan saya kira kaunselor memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan tersebut dengan dorongan kearah perubahan yang lebih positif. Kaunselor hanya menyediakan keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan klien dan dalam erti kata lain kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dan dalam hal membuat keputusan adalah pada bahu klien itu sendiri dan klien mempunyai hak untuk merasa bebas membuat perubahan dalam kehidupannya. Kaedah temu bual digunakan sebagai memudahkan perubahan tingkah laku klien walaupun bukan semua temu bual adalah proses kaunseling. Kanselor juga harus memegang prisip sebagai pendengar yang terbaik kepada klien agar klien merasa dirinya dihargai dan kaunselor seyogianya cuba untuk memahami apa yang telah diluahkan sebagai langkah menganalisa permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kerahsiaan terhadap sesi adalah teras seperti mana dalam prinsip bimbingan di mana setiap sesi adalah menjadi rahsia dana bahan-bahan sesi dianggap sulit untuk pihak-pihak lain kecuali sepertimana yang telah saya dan rakan-rakan dinasihati oleh pensyarah kami iaitu apabila hal tersebut melibatkan keselamatan klien atau keselamatan mana-mana individu seperti ada unsur mencederakan dan tindakan merbahaya wajib bagi kaunselor itu membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan maka dibolehkan hal seperti ini kepada kaunselor untuk tidak menjadikannya sebagai satu rahsia. Dalam prinsip kaunseling seorang kaunselor juga seharusnya mempunyai kemahiran yang lengkap bagi menghadapi masalah klien yang menghadapi masalah psikologi. Suka juga saya membawakan sedikit pandangan yang diberikan oleh Biasco,F(1966) iaitu kaunseling adalah proses bantu klien faham diri dan bantu klien tersebut menerima keadaan dirinya tidak kira fizikal, rohaniah, dan mentalitinya. Sesi kaunseling juga perlu dijalankan secara sistematik dan teratur untuk melihat perkembagan kien secara lebih efektif. Di samping itu, saya bawakan lagi prinsip yang dikemukakan oleh McDaniel dan Shaftel(1956), di mana mereka meletakkan proses kaunseling sebagai proses berfikir bersama antara klien dan kaunselor di mana kaunselor harus sama-sama berfikir dengan klien secara kritis dan mengambil kira idea atau cadangan daripada klien untuk membentuk satu perubahan.



            Secara holistiknya, saya mendapati bahawasanya falsafah dan prinsip yang ada dalam bimbingan dan kaunseling menjadi sesuatu yang amat penting sebagai garis panduan bagi kaunselor sebagai panduan menjalankan sesi dan saya menganologikan prinsip ini sebagi satu tali yang amat kukuh kepada seorang pendaki gunung dan jika pendaki tersebut tidak berpegang teguh dengan tali tersebut alamatnya terkapai-kapailah si pendaki tadi. Samalah hal ini dengan prinsip bimbingan dan kaunseling yang menjadi tali yang kukuh kepada seorang yang bergelar kaunselor untuk mencapai puncak keberkesan proses bimbingan dan kaunselingnya. Harapan saya dalam penulisan kali ini sebagai seorang kaunselor anda seharusnya tidak mengkesampingkan prinsip-prinsip yag sedia ada kerana kalau bukan anda yang bertanggungjawab terhadapnya siapa lagi? Tepuk dada tanyalah minda…sekian dahulu moga perkongsian ini menjana pengetahuan kita bersama dan sentiasa beristiqamah dengan manfaatnya..insyallah..
APA DIA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI?
            Dalam kursus pengenalan kepada bimbingan dan kaunseling, saya dan rakan-rakan lain mempelajari bimbingan, kaunseling dan psikoterapi merupakan salah satu topik yang menarik untuk dikongsikan bersama. Saya merasa semua golongan masyarakat tidak kira dari pihak sekolah, pekerja awam, pekerja swasta atau sesiapun lebih-lebih lagi yang berkecimpung dalam dunia kaunseling sekalipun wajar tahu serba sedikit mengenai perbezaan antara ketiga-tiga perkara ini kerana saya melihat masyarakat sering kali menyalah tafsir mengenai konsep sebenar serta tugas tulen antara kaunseling dan psikoterapi.

            Justeru dalam penulisan saya kali ini saya suka saya menerangkan terlebih dahulu definisi umum mengenai bimbingan, kaunseling dan psikoterapi. Sebenarnya dari segi konsep sahaja kita sudah dapat melihat perbezaan ketara antara ketiga-tiganya. Bimbingan merupakan satu proses memberi maklumat dan tunjuk ajar yang relevan. Di samping itu,kaunseling bermaksud proses bantu klien memahami diri dan persekitaranya. Manakalah, psikoterapi adalah rawatan sakit jiwa yang menggunakan kaedah psikologi. memudahkan pemahaman bimbingan lebuh mudah kalau saya katakan sebagai memberikan nasihat biasa yang diberikan oleh sesiapa sahaja, kaunseling pula proses yang lebih mendalam daripada nasihat pendekatannya juga berlainan daripada bimbingan tetapi biasanya dijalankan oleh seorang individu yang bergelar kaunselor dan psikoterapi adalah rawatan kepada individu yang mempunyai kecelaruan mental dan proses ini dijalankan oleh seorang ahli psikologi, ahli terapi, pakar psikiatri dan pakar mental. Hahaha, nampaknya ada yang mulai pening..

            Baiklah, sebenarnya bimbingan lebih berfokus kepada matlamat jangka pendek dan bersifat memberi maklumat atau nasihat kearah perkembangan diri seorang individu bagi menggelakkan masalah. Kaunseling pula memfokuskan matlamat individu untuk berjaya membuat satu keputusan yang bijak dan melihat aspek perkembangan kendiri. Psikoterapi berfokuskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan bersifat pemulihan mental iaitu membantu seseorang klien(iaitu individu yang mendapatkan rawatan kaunselor atau ahli terapi psikologi) mengatasi masalah emosi yang serius seperti kemurungan dan kecelaruan personaliti (tapi kalau gila sebab cinta monyet tu agak-agaklah…).

            Perbezaan dari segi pendekatan rawatan bimbingan dan kaunseling adalah tidak berapa ketara kerana menggunakan pendekatan pencegahan serta pelbagai strategi dan teknik untuk bantu seseorang menangani masalah-masalah biasa yang berlaku dalam kehidupan seperti, maslah peribadi, akademik, kerjaya, sosial, dan hubungan interpersonal. Akan tetapi psikoterapi lebih cenderung menggunakan pendekatan yang lebih kompleks dan menggunakan strategi yang berhubung dengan proses sedar dan tak sedar klien. Rawatan psikoterapi lebih kepada masalah yang berkaitan dengan kecelaruan emosi, neurotik dan mental seperti yang saya telah sebutkan awal-awal tadi.

            Untuk membezakan lagi antara bimbingan, kaunseling dan psikoterapi ialah setting tempat prosesnya dijalankan adalah berbeza, kerana proses bimbingan biasanya berlaku di mana-mana sahaja selagi mana belaku proses nasihat. Proses kaunseling berlaku di sekolah, institusi pengajian tinggi dan biasanya sesi dijalankan di bilik yang kondusif seperti bilik kaunseling individu atau  kelompok. Selain itu, proses rawatan psikoterapi tidak asing lagi kalau tidak dijalankan di hospital-hospital sakit jiwa dan juga klinik-klinik rawatan mental (bukan tanjung rambutan sahaja!) bahkan mana-mana klinik swasta yang menyediakan rawatan neurotik.

            Akhir sekali adalah tempoh yang dijalankan bagi sesi bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi agak berlainan di mana tempoh bagi proses bimbingan biasanya tiada had kerana selagi nasihat diperlukan oleh seorang individu daripada mana-mana individu maka proses bimbingan tetap diberikan dengan nasihat-nasihat yang membina. Kalau proses bimbingan tadi tidak ada had, sesi kaunseling pula tidak boleh dikatakan berlaku sepanjang masa kerana mempunyai prosedur dan sistemnya tersendiri tetapi sesi yang dijalankan agak singkat iaitu sekitar satu hingga lima kali sesi kaunseling namun sebaliknya pula bagi tempoh rawatan psikoterapi agak panjang dan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk menjalani rawatan atau sesi psikoterapi.

Makanya, kita melihat betapa berbezanya antara tugas serta peranan antara bimbingan, kaunseling dan psikoterapi. saya kira dengan sedikit coretan saya mengenai bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi ini mampu untuk memberikan kefahaman kepada anda yang membaca. Insyaallah moga dengan kefahaman ini juga membuka pintu hati anda untuk menjelaskanya kepada insaniah di luar sana agar sama-sama mendapat kebaikan atas ilmu yang berguna ini! Amin…


Saturday, 17 October 2015

KISAH KAMI "BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2015"


Tidak lama lagi dalam masa dua minggu yang akan datang saya dan rakan-rakan lain akan menduduki peperiksaan bagi semester yang pertama dalam Program Persediaan Ijazah Sarjanah Muda Perguruan dalam opsyen Bimbigan dan kaunseling. Emm..macam-macam yang kami tengah fikirkan!, serabut otak kami sebab kami tiada senior yang sama dengan opsyen yang kami ambil iaitu Bimbingan dan Kaunseling untuk dirujuk. Kami merupakan kumpulan pertama bagi opsyen bimbingan dan kaunseling di seluruh  IPG di Sabah dan Khususnya di IPG Kampus Tawau. Tapi kami sedar keadaan ini yang menyebabkan kami menjadi sebuah opsyen yang unik di IPG Kampus Tawau. Kehadiran kami di IPG Kampus Tawau umpama sebuah mimpi indah, kerana kami disambut baik dan mesra oleh senior-senior kami walaupun tidak sama opsyen dan walaupun mereka mempunyai junior mereka masing-masing. Aduh!,tahulah orang lain bahawa kami sedang menumpang kasih dengan senior lain(hahaha). Para pensyarah juga menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka dan sentiasa memberikan harapan kepada kami bagi meneruskan perjuagan kami yang kiranya baru saja bermula.

Dalam kekusutan idea dan kehilangan punca untuk memulakan pembelajaran kendiri(belajar sendirilah sangat) dalam minggu ulang kaji ini. Tiba-tiba pula terkenangankan memori yang baru   saja tercipta antara saya dan teman -teman yang lain khususnya Opsyen Bimbingan dan Kaunseling. Tidak sangka kami telah menempuh ranjau bersama hampir tamat satu sem yang hanya menunggu masa untuk memulakan peperiksaan hujung sem dan balik ke kampung halaman masing-masing. Benar-benar kami tidak terfikir dapat bertemu sesama kami sebagai satu keluarga walau kami datang dari negeri-negeri yang berbeza. Rasa syukur juga terbit dalam hati kerana memiliki para pensyara yang amat memahami jiwa kami dan sentiasa mendidik kami seperti anak-anak mereka. Kami rasa bahagia bila mengenang masa-masa indah bersama terutamanya dalam menyertai pertandingan dan acara-acara yang telah dianjurkan oleh IPGK Tawau, kerana macam-macam karena harus kami tangani, pelbagai percanggahan pendapat harus kami akur, dan apabila mengenang semua ini sememangnya mencuit hati kami yang pasti membawa ketawa kecil. Walau apapun terjadi, kami tahu pengalaman pahit dan manis inilah yang bakal mewarnai kehidupan kami dan menjadikan kami semakin dewasa dan waras dalam kehidupan sebagai siswa guru dan teguhnya persahabatan kami dengan simpulan kasih yang bersulamkan citra perkasihan insani.

Saya sentiasa cuba untuk menadah tangan memohon kepada Tuhan agar persahabatan kami kekal hingga ke akhirnya. Memohon diberikan kami kekuatan dalam menempuh perjuangan yang masih panjang ini..Moga zarah cinta  sebagai insani sesama kami menjadi bukti di Akhirat nanti dan kami mampu sama-sama berpimpin tangan menujuh ke pintu syugaNya kelak. Amin..Ya..Rabbaal Alamin..
Nukilan ini boleh dikatakan cerpen... saya dapat ilham daripada cerita-cerita orang yang saya kenali dan saya ambil kesempatan ini untuk zahirkannya dalam blog ini sebelum menghantarkannya kepada pensyarah saya. Ini adalah penulisan saya yg pertama dalam blog..moga saya istiqamah dalam penulisan dan setia mencambah ilmu.
Aku atau mereka?

Sampai ketika dan waktunya,tepat pada pukul sebelas tiga puluh minit pagi. Aku dan rakan-rakanku bergerak ke utara tanah air demi tugas yang diamanahkan. Kami menerima arahan tugas tersebut dengan hati yang terbuka dan perasaan yang cukup gembira. Almaklum ini bukan datang setiap bulan apatahlagi minggu atau hari. Bergerak secara berkumpulan tiga buah van dan sebuah kereta. Aku dihadapan sekali bersama-sama dengan empat orang rakanku yang lain. Dalam kenderaan kami saling berbual,bercerita tentang pengalaman pahit dan manis dan saling bertanya apakah pula pengalaman pahit atau manis yang bakal kami tempuhi di utara tanah air. Sebuah bandar kecil yang jauh,sebuah perjalan yang memakan masa yang berjam-jam pastinya sesuatu yang memenatkan tetapi kerana kami bergerak secara berkumpulan semua itu dapat kami hindarkan. Kira-kira dua jam perjalanan telefon bimbitku berbunyi, aku menerima panggilan daripada ahli keluargaku memaklumkan ibu saudaraku meninggal dunia. “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.....”. Tadi akulah yang paling riuh,mulut akulah yang paling bising. Tiba-tiba lidahku kelu, aku seperti anak kecil yang tidak pandai berkata-kata. Aku kakuh,lemah,dan lesu. Aku cuba untuk menahan air mataku mengalir. Tetapi apakan daya. Aku insan lemah yang tak terdaya. Air mataku tumpah,seperti anak kecil yang hilang mainan. Maksuku terlalu istimewah buatku, dialah ibu saudara terbaik yang aku ada, yang tidak akan ada pengantinya sampai bila-bila. Masihku ingat lagi,pulang bercuti, dia memaklumkan kepadaku “hari raya tahun ni Maksu nak Atan hadiahkan Maksu baju kurung Kedah”. Aku menerima permintaanya itu. Telah pun aku belikan kain. Ku hantar tempah, tetapi pemakainya tiada. Seluruh ahli keluargaku menelefonku. Mereka memberikan aku kekuatan.

***
Ku terkenang diwaktu berdua,
Merasai nikmat alam maya,
Oh...sungguh sangat bahagia,
Rasa hati...penuh kasih mesra,
Lihat bintang berkelip-kelipan,
Di angkasa,jelas kelihatan,
Sebagai mengetahui rasa hati yang suci abadi,
Selama hayat masih ada..,
Hanya dia dan aku bersama,
Asmarah..oh asmarah,
Hanya dia tempat hati beta...

***
Sampai di RnR gurun,kami berhenti untuk menunaikan solat. Rakanku membisikan “kita sembayang zohor dan asar jamak berjemaah”, “Zailan”katanya lagi. “engkau jadi imam”. Walaupun fikiranku dan perasaanku berkecamuk,tapiku terima tawaran tersebut. Sebelas orang kami bersembahyang secara bejemaah. Selesai saja solat zohor dan asar secara jamak dan berjemaah, kawanku bangun dan sambil berkata-kata “kawan-kawan sekalian mari kita luang masa lima minit, kita buat tahlil ringkas untuk kawan saya seorang ni yang ibu saudara kesanyangannya telah kembali ke rahmatallah”. Sekali lagi air mataku mengalir. Apakah aku seorang anak saudara yang terbaik? pada ketika ibu saudaraku memerlukan aku anak saudaranya utuk menguruskan hari terakhir sebelum dia dihantar kepada pencipta-Nya. Namun, aku tidak mampu memberi tumpuan sepenuhnya ketika itu. Setelah selesai tahlil ringkas tersebut yang telah dipimpin oleh rakanku dan disertai oleh beberapa orang jemaah yang munkin sama-sama ingin menuju ke arah utara. Ketika aku sedang menyarungkan sarung kakiku,seorang hambah Allah datang kepadaku sambil menepuk bahuku. “sudahlah encik...” katanya. Aku memandang sayu tanpa sepatah kata. Tiba-tiba air mataku mengalir lagi. “kita ni encik diberi hak,satu kita dilahirkan,kemudian kita diberi hak untuk hidup,dan kita diberikan hak untuk dimatikan”. “subhanallah...Maha kaya tuhan”,pada ketika aku memerlukan seseorang,Engkau datangkan kepada seorang hambah untuk memberikan peringatan. Benarlah maksud surah al-asr : “pesan berpesan dengan kesabaran dan pesan-memesan dengan kebenaran. Aku memandang hambah Allah itu berlalu pergi. Tiba-tiba aku mendapat sedikit kekuatan. “apa ertiya tangisan,bukankah lebih baik aku hadiahkan sesuatu yang lebih beharga untuk Maksuku,ibu saudara terbaik yang aku ada!”.

***
Ahai ...sayangmu sama sayang,
Sayangmu sama nama diberi,
Ahai ...parasnya cantik sayang,
Parasnya cantik bak bidadari,
Manis bahasa, baiknya budi sayang,
Sentiasa teringat,,sentiasa teringat di dalam hati,
Ahai ...musalmah mu manis sayang,
Musalmah manis mudik ke daik,
Ahai ...sampai ke daik sayang,
Sampai ke daik hari pun petang,
Mulutnya manis hati pun baik,
Sayang .. Sampailah mati,
Sampailah mati dikenang orang.

***

Di utarah tanah air,hari yang pertama,kedua dan ketiga aku menjalankan tugas seperi biasa. Almaklum aku memang seorang pekerja yang suka bekerja. Lebih kurang jam dua belas tengah hari,telefon bimbitku berbunyi,panggilan daripada ahli keluarga di kampung. Kali pertama berbunyi tak sempat aku menjawabnya, kali kedua,kali ketiga dan hinggalah kali keempat. Ahli keluargaku memberi tahu kepadaku apabila panggilan tersebutku jawab,sekali lagi aku digemparkan dengan berita kehilangan. Ahli keluargaku dikampung memaklumkan bapa saudaraku,suami kepada arwah Maksuku telah kembali ke rahmatallah kerana jatuh di bilik air. Aku turun ke aras dua tempat aku bertugas mencari suatu sudut yang terpencil. Aku bertanya kepada diriku “ ya Allah!,dugaan apa yang Engkau berikan padaku ini,dalam masa tiga hari engkau mengambil ibu saudaraku dan kemudian Engkau ambil bapa saudaraku”. Dilindungi sebuah ram aku menangis sepuas hati. Itu sajalah,aku mencari seseorang untuk berkongsi kisah sedihku. Terima kasih adik yang sudi mendengar walaupunsebaris ayat tetapi sekurang-kurangnya memberikan aku kekuatan. Jenazah paksu akan dikebumikan sebelum zuhur. Mana mungkin aku di utara tanah air boleh pulang dalam kadar segera. Ku kumpul semuala kekuatanku yang hilang. Kutanam kembali semangat yang pudar dalam jiwaku. Aku mesti reda dengan apa yang telah berlaku. Aku mesti tabah,aku mesti berani kerana umur bukanya hak kita. Umur ialah hak pencipta kita. Tetapi aku menjadi menjadi anak saudara yang akan merindui mereka selama-lamanya. Aku sendiri tidak tahu,adakah aku mampu menanggumg kerinduan ini hingga ke akhir hayatku. Maksu dan Paksuku kebetulan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Dialah satu-satunya adik ibuku yang masih tinggal. Tetapi kini hanya tinggal ibuku seorang anak sulung dalam keluarga mereka. Maksu aku akan terus merindui mu buat selama-lamanya Maksu. Bukan kerana engkau pandai memasak makanan kegemaranku tetapi engkau ialah ibu saudara yang terbaik pernah aku ada, ibu saudara yang sentiasa memberikan bimbingan agar tidak tersesat jalan. Ibu saudara yang selalu berkata-kata supaya aku tidak lupa pencipta kita. Ibu saudara yang selalu memberi nasihat agar aku sentiasa kuat dan bersemangat dan paksu aku akan merinduimu buat selama-lamanya bukan kerana engkau bapa saudaraku yang menyediakan minuman air kelapa setiap kali aku pulang bercuti. Tetapi engkau adalah bapa saudara contohyang aku ada yang mengambil ahli tempat arwah ayahku engkaulah tempat aku bermanja paksu,engkaulah insan yang paling dekat denganku. Semangat cekal dan tabahmu akan aku bawa selama-lamanya Paksu. Itupun kalau aku mampu. Kalau aku tak berdaya, maafkan anak saudara mu. Sepanjang beberapa hari menjalankan tugas di utara tanah air . Aku tak tahu berapa banyak air mataku yang tumpah tetapi aku mahu mengucapakan terima kasih kepada Allah yang Maha Agung yang telah memberikan aku kekuatan. Terima kasih kepada ahli keluarga yang selalu menghubungiku dan memberikan aku kesabaran serta terima kasih kepada adik yang tidak membiarkan aku keseorangan. Sememangnya sudah menjadi nasibku agaknya,sewaktu arwah ayah meninggal aku tidak berada disisihnya begitu juga abang dan kakak. Dulu, ibu saudara dan bapa saudaraku yang lain pun begitu dan inilah yang terakhir ibu saudaraku dan bapa saudaraku. Aku berdoa semoga tidak mengambil ibuku pula, berilah aku peluang untuk mengadapnya paling tidak bersama-sama dengannya membisikkan shahadah buat kali terakhir. Malam itu aku bersendirian dalam bilik hotel bandar kecil di utara tanah air. Sambil memandang siling,aku bertanya kepada diriku soalan yang aku tidak tahu jawapannya “kematian siapakah selepas ini?, akukah atau mereka?”.

***
Aku yang masih di perjalanan hidup ini,
Begitu lama belegar di persimpangan dunia,
Menempuh jarak dan titian,rimbah dan lautan,
Mencari sesuatu yang abadi,
Aku yang masih di perhentian hidup ini,
Begitu jauh mengembara ke serata dunia,
Mengejar siang dan malam,surut dan pasang,
Mencari suatu kebebasan,
Mencari satu perdamaian,
Dimanalah berakhirnya perjalanku ini,
Esok dan lusa,bukan miliku oh tuhan,
Lindungilah hambahmu yang hina ini,
Aku setia hanya padamu oh tuhanku...